Apakah pemikiran Kritis dan Kreatif.

Salam semua,
Nak diceritakan tadi,aku dan sahabat aku ada urusan sikit kat satu kementerian kat Putrajaya.Hendak diceritakan lagi,tujuan nya nak jumpa pegawai kat sana.Tujuan agak kesampaian la gak.Nanti kene pergi lagi rasanya.Ok la,terus ke story la ek.
Dah lepas abis urusan ngan pegawai tuh,kitorang pun borak2 la sikit.Pegawai tuh memang kaki borak agaknya.Mula2 dia tanya apa perisian [...]

Salam semua,

Nak diceritakan tadi,aku dan sahabat aku ada urusan sikit kat satu kementerian kat Putrajaya.Hendak diceritakan lagi,tujuan nya nak jumpa pegawai kat sana.Tujuan agak kesampaian la gak.Nanti kene pergi lagi rasanya.Ok la,terus ke story la ek.

Dah lepas abis urusan ngan pegawai tuh,kitorang pun borak2 la sikit.Pegawai tuh memang kaki borak agaknya.Mula2 dia tanya apa perisian terbaru kat MMU,wah..aku tak sangka akan ada orang tanya camtuh,lagi2 dari seorang pegawai kerajaan.Betul2 interested nak tahu pasal perisian.
Pastu dia cakap,dia baru je download Firefox.Dulu asyik pakai IE je.Aku dalam hati,masih pakai IE lagi?Dah lapuk kot.Tapi bagus la,ada usaha untuk berubah ke Firefox.Pastu aku goreng la apa2 tentang internet.Salah apa2 pun takpa,janji confident,hehe..

Apa yang menarik perhatian aku selepas itu adalah,bagaimana kita perlu berfikiran kritis dan kreatif walaumana pun arah tuju kita.Kerja mana2 pun,perlu ada sikap macamtuh.Walaupun belajar Engineering,kita perlu ada sikap kritis dan kreatif dalam menjalankan tugas kita.Contoh macam China,dalam beberapa tahun je,industri diorang dah BOOM! tak macam Malaysia,walaupun dah lama bercita2 ke arah negara Industri,kita masih jauh ketinggalan berbanding China.Bagaimana China buat olimpik dia,semua dengan hasil kreativiti sendiri.Kita Malaysia,hari2 buat kerja yang sama,sikap kritis dan kreatif lansung tak ditonjolkan dalam kerja.Sampaikan kita perlu bantuan luar untuk kita buat sesuatu.Kalau pun kita mempunyai idea2 yang kreatif,idea kita itu tak kemana2.Hanya di peringkat bawah sahaja.Itu lah Malaysia.

Setelah apa yang aku tulis ini,actually aku nak cerita pasal bende nih.Kurang nya pendedahan teknologi kepada orang bekerja.Mungkin mereka hanya tahu menggunakan jer.Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perisian yang ada dalam komputer tiada usaha.Banyak kursus diorang hadiri,tapi hanya setakat itu sahaja,perisian yang digunakan lebih kepada yang berkaitan dengan kerja sahaja.Untuk kehidupan,Tiada.

Maaf kepada orang yang bekerja,artikel ini bukan la ditujukan kepada semua orang bekerja.Segelintir sahaja. Hanya segelintir berada di takuk lama.Masih dengan sistem conventional dalam melakukan kerja2 seharian.Tiada sikap kritis dan kreatif.

Diharap,dalam masa beberapa tahun akan datang,pemikiran kritis dan kreatif perlu diaplikasi dalam kehidupan.Banyak infomasi kita boleh dapat di internet.Taip je apa2 di pak cik Google,ada je maklumat yang kita nak.Rajin tak rajin je.Tol x?

p.s-Artikel pertama yang membincangkan pasal kehidupan.Mungkin masih lemah dalam susun ayat dan struktur kata.Komen la apa2 yer..;)

p.s.-Kalau ada sesiapa yang hendak tambah apa2.Silakan..

4 Comments

  1. chokilala added these pithy words on January 6, 2009 | Permalink

    yela.. menyampah la kan.. kalau gi wsite agensi kerajaan mana2 mesti akan tulis suh layari dgn IE.. balik2 IE.. dorang ni tak didedahkan ke dgn browser lain.. huhu

    kat utem pun dulu camtu, ada IE je.. tapi lately ni je baru ada lepas student komplen.. skrg dlm lab da ada firefox dan chrome gak.. kalau everytime masuk lab nak kena install sendiri masak aa, da la pakai deepfreeze.. huhuhu

  2. thenthang added these pithy words on January 6, 2009 | Permalink

    @chokilala
    betul2..mana2 pon IE je,tiada usaha dari diorg tuk ubah sesuatu yang baru..masih di takuk lama..janji ado je prinsip diorang..

  3. Kujie added these pithy words on January 6, 2009 | Permalink

    tak dinafikan….pergi web jabatan kerajaan nak cari info dan statistik, tapi ‘last update 2006″

    erk…kecewa.

  4. thenthang added these pithy words on January 6, 2009 | Permalink

    @Kujie
    hehe..ape boleh buat kak jie..website tuh janji ada je..update ke tak..blakang kira..

Komen Anda

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*

HEADLINE


TAG CLOUD

Theme Tweaker by Unreal