Salam semua,
Backpackers.Nama yang sinonim dengan warga asing/orang barat.Selalu kita nampak warga asing bawak beg besar2 jalan2 sekitar negeri kita.Diorang jarang nak naik kenderaan bila berbackpackers.Sanggup berjalan kaki kat tempat kita nak jalan kaki pun tak nak.Apa yang aku tahu,diorang2 nih pun bukan kaya sangat pun nak melancong,tapi nak melancong punye pasal gak.Tuh yang kene backpackers.

Tadi baru join Lelebi’ Backpackers group di Friendster.Maksud Lelebi’ ini hanya Lelebi’ je yang tahu.Selepas itu,pergi la pula lepak dengan salah seorang Lelebi’ group.Topik utama adalah perjalanan program Backpackers ini.Aku nampak program ini betul2 menarik.Tak perlu la jauh2 sampai ke luar negara.Dalam negara sendiri kita boleh backpackers kan.Kitorang dah bincang route yang akan diikuti,dan destinasi badget kitorang adalah negeri Johor.Sebab ada salah seorang ahli Lelebi’ orang Johor.Jadi nya,boleh la tahu serba sedikit pasal negeri sendiri dulu.Untuk yang pertama kali ini,baik buat dulu dalam negara,dan mantap nanti baru boleh buat luar negara.
Kalau program ini betul2 happen,ini merupakan pengalaman pertama aku ar backpackers.Aku betul2 looking foward program nih.Yosh!
Korang ada pengalaman backpackers tak?
Tags: backpackers
Untuk membaca cerita lain...