
Salam semua,
Dah lama tak buat review pasal filem baru.Ye la kan,dah lama gak aku tak tengok filem kat wayang.Ada la juga 2 bulan lebih.Ok kali ini filem yang akan di review adalah cerita ONGBAK 2.
Aku cerita sikit pasal ONGBAK2 nih.Tien(lakonan Tony Jaa) merupakan anak yatim setelah kedua ibu bapa nya telah dibunuh oleh pihak kerajaan.Dia telah diambil sebagai anak angkat oleh seorang Raja Penyamun yang bernama Chamrang.Sepanjang dia berada di tempat Penyamun2 itu,dia telah dilatih untuk menjadi pahlawan.Segala ilmu pentempuran dia belajar di tempat tersebut.Samurai,Gusti,Muay Thai,Peledak bom,dan macam2 lagi dia belajar di situ.Selepas dia dewasa,dia telah diangkat sebagai penganti bapa angkat dia dalam rompakan.Oh ya,dia juga telah ditabalkan sebagai Raja Gajah oleh gajah2 sendiri.
Selepas dia dah mantap dalam ilmu pentempuran dia,dia cuba untuk membalas dendam di atas kematian kedua ibu bapa dia.Sewaktu pulang dari membalas dendam,dia diserang oleh tentera kerajaan yang mana geng perompak itu juga tali barut kerajaan.Dia diserang sendiri oleh bapa angkat dia dan tok2 guru dia.Dia kalah dalam pentempuran itu dan ditangkap oleh kerajaan.Pastu habis.
Rasa macam ending dia tak best kan.Memang ending filem ini sangat tak best. Memang nak kene tunggu ONGBAK 3 la nak tahu cerita selanjutnya.Tapi apa yang best dalam filem ONGBAK 2 ini adalah babak2 pergaduhan.Si Tien nih mengunakan bermacam2 skill perlawanan sewaktuh berlawan.Dalam 70 peratus dalam filem ini adalah babak perlawanan.Kepada peminat filem aksi,boleh la menonton filem ini.
Untuk filem ini,disebabkan ending nya sungguh tidak menyeronokkan,aku hanya kasik rating 6 per 10. Oh ya,filem ini diberi rating 18 SG, sebab apa? Keganasan yang melampau pastu ada babak2 yang dimana korang rasa nak muntah.Kalau nak tau apa babak2 tuh,boleh la pergi tengok kat wayang atau pun korang tunggu la kat torrent nanti.
Maklumat lanjut lagi tentang filem ini korang boleh layari laman web filem ini sendiri,http://www.ongbak2themovie.com/
Tags: ONGBAK 2
dah ada ongbak 2 plak eh
kena cari dvd neh. hehe
@KNizam
yerp..baru la gak kuar..
kalo nk tengok action ulang2 kali..mmg kene beli dvd ar..hehe
hohoh..menarik ni..ong bak nga first tu pun best..huhu
@izzat
ok gak ar babak2 aksi dlm ongbak 2..tp rasanya..ong bak 1 lagi best..