DIMAKLUMKAN HANDPHONE AKU DAH HILANG.
bende berlaku kat HB3,aku makan,pastu tertinggal hp kat atas meja.bila pergi balik kat meja tuh.tengok dah takde.Aku tanya balik kat orang kedai situ,ada sorang makcik tuh,die yang collect2 pinggan mangkuk.Oh ya,mak cik kedai western tuh yang aku maksudkan.Ada ke dia cakap dia ada nampak,pastu dah amik,pastu dia letak balik kat atas meja tuh.LOGIK TAK?
Aku memang suspek mak cik tuh amik,sebab cara dia cakap ngan aku,belit2 dan ada ke dia cakap handphone aku camtuh,takda harga nak jual.Bodo tol mak cik tuh,lantak la takda harga nak jual ke,pastu boleh lark tunjuk handphone dia yang badget mahal.
Selepas itu,aku terus report kat security,mak cik tuh dibawa ke security.Aku pon sekali ke security.Selepas disoal siasat semua,mak cik tuh mengaku ada amik hanphone aku tuh,pastu die letak balik atas meja.
Tapi dia memang takde simpan dia cakap.Lepas tuh dia cakap,dia akan settle dengan bayaran rm300 je.Dia cakap dia orang miskin la,apa la,tak mampu.Aku pun tak tau nak cakap apa.Benda aku 2 handphone,lantak la 1 handphone murah ke.Tapi dia still cakap dia nak bayar 300 je.Aku redho je la.
Pendapat aku sekarang ini la,dari apa yang aku tau,dia ada kes lain yang akan melibatkan pihak luar.Dimana kalau dia mengaku,dia amik barang tuh.Dia akan ditangkap.Baik dia bayar je dari mengaku dan terus kene tangkap.
Aku walaupun rasa ada kerugian,tapi daripada takde apa2.Baik aku amik je RM300 tuh,dari kosong je.
Korang kalau ada nak jual handphone second,kasi tau aku.Aku memang mencari handphone sekarang.
No telephone aku,insyaAllah tak bertukar.Aku nak pegi Celcom ngan Maxis Center nanti mintak balik no lama.Nanti aku buat online form la,korang boleh tinggal no phone korang kat aku.
Ok lah,sampai disini je la minggu malang aku.Harap2 perkara ini takkan berulang kat diri aku dan juga rakan2 aku.Sekian..
Tags: handphone
Untuk membaca cerita lain...