Salam semua,
Semalam aku pergi menziarah jenazah member aku,iaitu Nizar.Arwah meninggal setelah berada di ICU selama seminggu.Sebab dia meninggal adalah disebabkan kemalangan jalan raya sewaktu dia nak pergi kerja.Aku sedih gile tak sempat nak pergi melawat dia kat hospital.Aku tahu semua berita pun agak lambat.Berita dia kemalangan pun aku tahu hari isnin,sedangkan dia kemalangan hari khamis lepas.Berita dia meninggal pun aku tau agak lambat.
Arwah ini aku kenal time aku pratikal kat DCA KLIA dulu.Dia ar member aku yang betul2 rapat time pratikal dulu.Ye la kan,staff2 lain kebanyakan dah berumur,so aku ngan dia je yang lebih kurang sama baya.Time die punyer shift hour je,memang aku duk lepak ngan dia je la.Pergi masuk airside,lepak kat sebelah runway kapal terbang perkara biasa ar.
Sekarang ini dia dah takde,aku nyesal tak selalu contact dia dulu time dia hidup.Sejak aku habis pratikal sampai sekarang,memang jarang aku nak contact dia.Penah la aku message2 die dulu,tuh pun kejap je la.Tanya apa tah,pastu dah tak contact2 dah.Dengan handphone aku dah hilang,no2 orang kat DCA tuh pun dah hilang aku terus lost contact ngan orang2 sana.Nasib baik la aku dapat berita dari ym staff kat sana.kalau tidak,memang aku tak tau apa2 ar.
Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada sahabat aku Nizar.Semoga roh dia ditempatkan bersama2 orang yang beriman.Amin.
p.s patutkah aku letak gambar dia kat sini?..rasa macam nak letak,maybe ade orang akan kenal dia,tapi macam tak sesuai pulak,since orang tuh dah meninggal dunia.korang rasa?
Untuk membaca cerita lain...