
Salam semua,
Weekend lepas,aku telah sertai satu kem motivasi UPG di Sekolah Menengah Sains Selangor.Ini pertama kali aku menjejakkan kaki ke sekolah ini.Dulu hanya tahu sahaja pasal sekolah ini,itu pun dari rakan2 aku iaitu Ida dan Epul yang merupakan bekas pelajar sekolah ini.
Sewaktu sampai ke sekolah ini pada jumaat,kitorang disambut dengan pelajar2 sekolah.Baik2 sungguh budak2 situ,barang2 kitorang semua nak diangkatnya.
Bermula dengan perasmian kecil2-an, selepas itu pelajar2 sekolah itu dibahagikan group.Aku mendapat group 13.
Sepanjang program berlansung,pelajar2 semua kasi kerjasama.Walaupun tak semua pelajar dapat join kem motivasi ini sebab ada program lain,kitorang berpuas hati dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Fasi kepada adik2 baru kitorang tuh.
Aktiviti yang paling aku suka ialah treasure hunt,group aku (group 13) bergabung dengan group P-jal (group 14) di check point 13 dan 14.Kat check point tuh,kitorang kasik task kene buat lawak sampai kitorang ketawa.Mula la group2 yang datang buat lawak.ade kasik teka-teki,cerita,kutukan(kutuk aku..hampeh nyer budak2).Ada yang buat lawak sampai sakit perut aku ketawa dan ada yang aku blur dengan lawak diorang. Aku kat checkpoint tuh sampai dah naik jemu dengar teka-teki.Tetapi antara teka-teki tuh,yang paling lawak bila budak2 tuh selitkan teka-teki lucah sengal.Tak sangka tol bdak2 tuh sengal giler.Sampai sekarang aku masih ingat lagi lawak diorang.

Satu je masalah kat asrama sekolah ini,Tandas.Bau takde la masalah sangat.Tapi..air kadang2 takda,terutamanya time maghrib camtuh.Tension gak ar nak mandi time tuh.Lepas bdak2 mandi semua,baru la semua fasi mandi pulak.
Keseluruhan program ini dapat feedback yang baik dari pelajar2 sekolah ini.Diharapkan dapat buat program lagi kat sekolah ini.

p.s oh ya.epul..aku nampak nama ko kat board dalam dewan besar.Pelajar terbaik SPM 2004.Hebat sehh..
Untuk membaca cerita lain...