Salam semua,
Hari ini aku agak free memandangkan esok cuti Maulidur Rasul,biasanya hari ahad aku dah start rasa tekanan hari isnin.Tetapi hari ini,aku masih rasa rileks,walaupun selasa ini aku akan dihidangkan dengan exam midterm math dan juga kelas programming yang aku mula kabur.
Niat di hati nak study pagi tadi,tetapi bangun pun dah pukul berapa kan,sedar2 sahaja dah nak pukul 12 tengah hari.Selepas itu,pergi makan,dah balik makan,main internet pula,dan sekarang update blog pula.Hmm…rasa mengantuk pun ada petang2 ini.Bila pula nak study nih..adoii..
Takpe2…lepas update blog,start study.
Rasa malas la nak taip panjang,biar gambar main peranan je yer.

badgetnye bertolak pukul 7 pagi,tetapi sebab2 tertentu kitorang bertolak pukul 9 pagi.
sampai di gabai,dalam pukul 10 lebih.
bile dah sampai,jauh lagi perjalanan kitorang.Bukan jauh mana la,tapi tinggi mana.Memanjat tangga air terjun gabai ini memang menyeksakan.Lebih terseksa bila kene bawak barang.Fuhh,kalau aku hari2 lalu sini,komperm kurus.
Menu utama:Ayam BBQ dan sosej
Menu tambahan:tuna,telur,roti dan juga keropok.
Minuman: Air sirap manis.
Sampai2 aku takde la excited sangat nak mandi.masak ayam lagik best.
dan lagi satu aku tak mandi dulu sebab ada member tuk menembak.En Adal nama nya.Walaupun ada 4 dslr-ian datang ke gabai.hanya aku ngan die je yang asyik menembak.
ini adalah antara hasil menembak aku..

(gambar2 menarik waktu mandi nanti aku update,sebab aku tak tangkap gambar time tuh,aku bermandian.)
lepas dah puas mandi setelah berada di gabai tuh dalam 6 jam.Semua pun kemas2 untuk pulang.
itu sahaja peristiwa2 yang berlaku di gabai.
tapi kitorang tidak stop macam tuh je.Ade plan lain tapi tak semua join la,iaitu karok..hukhuk..
dengan semua dah penat bermandi manda,karok pon karok la.janji gembira.
dan berakhir sudah gathering komiti2 sek@mmu pahang sekolah C.Thanx to ida raihana yang merupakan director sekolah C dan juga director untuk program gathering ini.Thanx juga kepada semua yang join gathering nih,diharapkan hubungan sesama kita ini akan berterusan sampai korang tua.Ok geng,when next gathering?Im sorryyy…
Satu pantun la…
Ceti datang makan capati,
Minum susu dengan roti,
Sekolah C mantop sekali,
Budak sekolah lain janganlah iri hati.
Sekian..
Tags: Gabai, sek@mmu pahang
Untuk membaca cerita lain...