Salam semua,
Hari ini merupakan Hari Terbuka MMU di Dewan Utama MMU.Aku pada mulanya patut dijadikan sebagai pemberi flyers kepada pengunjung2 yang datang.Sepatutnya tugas aku bermula pada pukul 2 pm,tetapi pegawai yang meminta aku menjadi pemberi flyers ini suruh aku datang pukul 12.Sewaktu dia telefon,aku berada di Alamanda,pergi menbetulkan jam dan mencari cenderahati untuk diberi kepada keluarga angkat nanti.Kelam kabut aku nak pulang ke Cyberjaya.
Sampai2 sahaja di Dewan Utama,pegawai itu cakap dengan aku,flyers pun dah nak habis.Jadi nya,tugas itu pun dah diselesaikan oleh orang yang bertugas dari pagi.Tapi aku tak kisah,aku suka pergi Hari Terbuka MMU,tahun lepas pun aku pergi.Disini lah dapat berjumpa bekas pensyarah2 aku sewaktu diploma di Melaka dulu.Kat situ juga dapat berjumpa rakan2 yang datang dari Melaka.Seronok kan.
Ini antara gambar2 sewaktu hari terbuka MMU Cyberjaya.