Salam semua,
Hari ini baru aku terasa nak mengupdate kan blog nih.Mulanya lepas balik dari Serawak arituh nak update..tp apakan daya,asement dan bermacam2 bende aku nak kene settlekan.
Kalau nak ceritakan pasal desa IT Serawak,banyak sebenarnya.Tapi aku akan buat simple je la.Since cite ini pun dah basi.
Isnin
- (0100)bertolak ke LCCT.sampai sana,makan old town yg baru dibukak kat LCCT.Baru aku tau,LCCT dah renovate.rasa besar pulak sekarang.
-pukul 0725 naik flight.aku tension giler ngan pilot air asia arituh.bawak macam haram..dengan die buat u-turn macam bawak jet pastu landing double impact..weh pilot..tido ka!
-1000,sampai kg muara tebas.Jauh gak la dari kuching,30 min++ nak sampai dari airport.Disambut oleh orang kg dan dihidangkan dengan UDANG.
-pastu aktiviti2 macam biasa.panjang sehh nak cerita aktiviti.tapi ada seorang komiti patah tangan kat depan rumah aku.hahaha
selasa (0800)
-pagi2 dah kene pegi sekolah.aku ditempatkan ke Sek.Men Bako.Sangat tak sporting budak2 kat situ. nak denda pun susah.cis..
-kene ajar math kat dak2 form 3.aku tak yah ajar.jadik guru besar je kat kelas tuh.fasi2 lain kene jadik cikgu.Seronok aku.
-first time jadik moderator forum.tiba2 je disuruh jadik.layan..walaupun berterabur aku cakap.
-dapat makan laksa serawak kat rumah ikhwan.Sangat sedap!!
-petang,dibawa tompel ke Kuching,lepak2 kat waterfront.tangkap2 gambar.makan burger.balik.tazkirah pun tak gi.haha
Rabu
- tengha hari class it bersama orang kg.pastu petang main bola pula ngan orang kampung.lama tak main bola dan exercise.amik kot.terus sakit2 kaki aku.
- malam nyer patut ada ceramah,tapi apakan daya.aku tercall kawan aku syazli yg duk kat kuching.Aku,syafik ngan ayu dapat makan mee kolok malam tuh.dapat gak jalan2 lg kat waterfront.malam lagik best.dapat tengok lampu2.
khamis
-sepatutnya ada gotong-royong.tapi aku ngan dak2 serumah lain sorang pon tak gi.ramai gile kejut.ikhwan,en omar,amna,dila ngan dayat kejut tuh.tapi tak gi pon gotong royong,gi breakfast kat umah jiran dulu.
-petang ada sukaneka.malam ada malam kebudayaan.biasa la tuh.tkde yg menarik mana.
Jumaat.
-hari terakhir,nak kata sedih tuh tkde la gak.dah biasa ngan keluarga angkat kot.keluarga sendiri pon tak terjaga.ini kan keluarga angkat.tapi sayu tol la pagi tuh.Sedih je aku tengok adik angkat aku yg umur 5 tahun tuh monyok je.Aku ingat lagik adik aku tuh cakap aku buat kali terakhir,”kelak datang lagik ya”.takpe2..ade rezeki,insyaAllah datang lagik ke Muara Tebas.
-1st ke UNIMAS,bapaks besar dan panas.aku suke hostel/apartment die.view lawa.nampak jambatan kabel ngan campus lagik.
-gadis2 unimas pon macam nice je.yang mostly aku jumpe datang dari semenanjung.cantik2 mereka itu..ker aku dh bosan ngan gadis2 MMU?..hheheh
-pegi ke festival tari.wtf byk ladyboy?damn it.
-bas kat unimas suke drift.macam naik roller coster.mentang2 serawak jauh dari Genting Highland,diorang bantai buat roller coster sendiri.
sabtu
-hari shoping.aku beli udang 3 jenis,setiap satu satu kilo.ikan terubuk masin.ikan kurau(baru aku tau,ikan kurau masih yg aku suke tuh mahal rupenye),souvenier dan GAMBIR.hahhaa
-jumpa lagik keluarga angkat time b4 nak naik fligt.dapat kek lapis special delivery.panas2 lagik
SELAMAT TINGGAL SERAWAK,ADA WAKTU LAGIK KAMEK DATANG LAGIK.
Tags: desa it serawak, keluarga angkat, muara tebas, smk bako, unimas
Untuk membaca cerita lain...