Salam,
<coretan dalam bahasa Melayu pula>
Setelah sekian lama,akhirnya dapat juga aku update apa2 disini. Setelah berhempas pulas dengan hosting aku yang sering block aku nyer site.Harituh,ftp aku ada error files la, dua tiga hari nih kene block sebab apa tah.Terus membantutkan usaha aku untuk update dengan pantasnya setelah pulang dari Langkawi.
Aku rasa,mood untuk cerita Langkawi dah makin berkurang.Dah basi dah cerita tuh,jadi nya,aku cerita pendek je la.
Rabu,
8.00 malam- Rancangnya semua berkumpul di OR pukul 8 malam.Tapi masing2 bz,macam biasa pukul 9 baru penuh semua.Malam tuh siap ada Earth Day kat MMU.Dengar cite sampai pukul 3 pagi.Memang jenuh aku nak kemas barang bagai.
10.30 malam-Bas bergerak dengan pantasnya dengan hanya berhenti di Tapah.
Khamis,
5.30 pagi- Sampai di Jeti Kuala Perlis,semuanya mamai2 lagik penangan tidur tak best dalam bas.Kat jeti nih,makan,solat dan langsaikan ape2 yg patut.
8.00 pagi- Naik feri sudah,perjalanan mengambil masa 45 min.Sampai2 Langkawi kene pegi ke jeti bot pula.dalam 20 min perjalanan.Kat sini,dah mula nya shoping rokok murah oleh perokok2 sekalian.Aku tak ingat, Rm 5.20 rasanya sekotak 20′.
10.30 pagi- sampai di Pulau Tuba.Angkat barang bagai,check in OR,bilik dan dewan sume.Buat kerja.Bermulanya aktiviti kitorang kat Sekolah Menengah Langkawi,Pulau Tuba.Opening speech siap ada “alamak” pula dari cik Director.
Jumaat,
7.00 pagi - Dah bermula senaman poco2 dan low.Pelajar kat sane nampak sangat first time blajo sume bende nih.
10.00 pagi- Kelas IT bermula.Macam biasa,lepak lab atas sebab ada aircond dan gadis cun.hehehe
4.00 petang-Bermula explore race,aku dan mada ditugaskan untuk menjaga checkpoint ’sedap sungguh’.Peserta diminta untuk makan meggi bercampur cencalok,budu,sirap,susu cair,sos tomato,air.Peserta kene pilih dua jenis perasa je la.gile ape kene campus sume.Nangis2 semua yang makan.Last skali yang jaga check point tuh,buat cabaran brani sakit perut dengan minum air rebusan meggi dan basuhan sudu2 tuh dicampur dengan sume perisa yang ada.Jadinya,bandung meggi.
9.00 malam - Malam Kebudayaan,aku tak sempat nak tengok grup aku nyer persembahan.Sebab aku buat preparation untuk persembahan fasi.
12.30 malam-Macam biasa,..aktiviti utama sek@mmu.
sabtu,
11.00 - closing ceremony oleh Adun Langkawi yang berpolitik kat sekolah gak.sempat…tp bertapis gak ar..
12.30- last sesi bersama group.oh lupa nak mentin group aku group 9,dan fasi bersama aku adalah mili.Ahli dalam group aku.
1-shefa 2- Bob/yusri 3-farah 4-rohaya 5-meon 6-mar 7-syira
3.00 petang- kemas2 ,selamat tinggal SMK Langkawi.
5.00 petang-Ke chalet pula.Aku sampai2 terus tido.Malam jaga pukul 9 lebih,makanan dah terhidang atas meja.Tapi aku tak makan terus ar..tak seperti sorang tuh,bangun2 terus makan.Last2 amik ko…
11.00 malam-Aktiviti tepung tawar berlansung.Hampes,aku pon jadik sami malam tuh.Semua tak puas hati ngan dynat sebab die buat orang tapi die tak kene lansung.Malam tuh,lelaki2 hebat start pillow talk.
Ahad,
8.30 pagi-sepatutnya gerak ke pulau2 lain time tuh,tapi hujan lebat.Jadik nya delay sikit.
10.30 pagi-Start ke Tasik Dayang Bunting.mandi2 dalam hujan.Sangat seronok berwater konfiden disitu.Aku hampir lemas sebab….
1.30- mula ke pulau2 lain.Eagle Feeding sangat membosankan.Sebab hujan,helang2 di Pulau Singa tido.Pastu ke Beras Basah,memang basah,sebab hujan.Tak best lansung pulau tuh.Damn.
4.00 petang- Sampai ke Pulau Besar Langkawi.Siap2 tuk shoping,tapi aku tak bawak banyak duit.So duk melepak je la.
7.00 Malam- Feri nak bergerak sudah.Bye2 Langkawi.
10.00 Malam-berhenti di gurun,buang segala apa yang patut,sempat lagik gossip boys.yxyx.
12.00 malam- Ke char kuey tiaw Penang.Sedap seh,2 1/2 pinggan aku tibai.Sambung balik gossip boys.
5.30 pagi-Sampai sudah MMU,first time sampai mmu dah nak dekat subuh.
6.00 pagi- Aku,acab,mada ngan adal sambung borak kat mamak sampai kol 9 pagi.
Itu sahaja perjalanan aku last weekend.byk sebenarnya perkara berlaku.tapi tak perlu la aku cerita semuanya.nanti sampai esok pula.Ok,next pegi mane pula?..oh..sem nih dah abis semua event.yeah!! leh berehat dan fokus untuk exam.Fokus ke tido?..hmm..
Untuk membaca cerita lain...