Assalamualaikum semua,
Aku tulis kali ini bukan lah untuk hilangkan kebosanan aku atau saja2 nak post something.Post aku kali ini adalah untuk aku share dengan adik beradik aku,saudara mara aku,kawan2 aku mengenai kemalangan teruk yang aku hadapi 12 September 2009(22 Ramadhan 1430H).
Kalau korang semua check,hari tersebut aku ada buat live blogging perjalanan ke Cameron Highland.Semuanya indah sewaktu perjalanan ke sana.Tiada apa2 masalah berlaku.Kalau korang nak check,korang boleh check balik post2 aku terdahulu.
Sewaktu perjalanan pulang dari Cameron Highland.Kami 3 kereta,kereta ayah aku,kereta Pak Cik Ayub,dan kereta anak Pak Cik Ayub,Hairey singgah di sebuah masjid di Tapah untuk tunaikan solat Jamak Zuhur ngan Asar.Kami semua membawa keluarga dari Jeddah untuk melawat ke Cameron Highland.Oleh sebab Pak cik Syukri nak ke KLIA selepas balik dari Cameron Highland.Kereta ayah aku gerak dahulu sementara Pak Cik Ayub menunggu yang lain2 belum habis solat. Pada mulanya,aku di keretaHairey, selepas itu aku ditukarkan ke kereta ayah aku,seorang anak Pak cik Syukri juga telah ditukarkan ke kereta ayah aku,Ahmad.
Selepas memasuki lebuhraya,kami isi minyak di stesyen minyak.Tiada apa2 yang berlaku.keadaan seperti biasa sahaja.Kami sempat call seorang Nenek Saudara aku,Nek Cu untuk dia bercakap dengan Pak cik Syukri.Isi yang diborak nya,pasal sambutan hari raya nanti.Selepas itu,aku call pula mama aku macam mane nanti berbuka.Lepas kitorang hantar Pak Cik Syukri,kitorang terus balik rumah untuk berbuka.Aku tengok jam dalam pukul 6.15 lebih.Tempat pun baru kat Ulu Bernam,aku cakap dengan mak aku,aku dan ayah aku berbuka on the way je la dulu.
Lepas je aku tekan button stop handphone ayah aku.Terus aku terdengar bunyi letupan.Aku tak rasa gelabah lagi,sebab aku percaya ayah aku boleh handle lagi stering.Ayah aku cuba tolak kereta ke kiri highway.Tapi aku rasa kereta terlalu berat nak dikawal.Ayah aku dah control habis2 kereta tuh.Tapi dah takdir,kereta tuh tak dapat nak dikawal,lalu kereta kami berpusing2 berapa kali sebelum melanggar divider highway tuh.Sewaktu berpusing2 tuh,aku sempat tengok semua orang yang kat belakang.Bila start berpusing2 tuh semua dah menjerit2.Semua nya menjerit “MasyaAllah…MasyaAllah…” aku tak dapat nak pikir apa2.Bila kereta dah terbalik.Aku tergantung ke atas sebab aku pakai seat belt.Aku tanya orang kat belakang.”Everyone ok?…everyone ok?”.Aku cuba buka pintu sebelah aku,tapi aku tak larat lansung.Aku nampak ayah aku dibawah aku.Dia tak dapat nak bergerak sangat.Aku suruh dia buka seatbelt aku.Bila dah jatuh,aku nampak orang ramai dah kerumun kereta aku.Diorang suruh aku pecahkan tingkap depan.Aku tolak dengan tangan,tapi tak boleh.Pastu aku suruh ayah aku tutup mata dia.Aku sepak dengan kaki kosong cermin tuh,pastu aku merangkak keluar.Bila dah keluar tuh,aku nampak ramai orang dah datang.Peronda semua dah ada.Aku tarik ayah aku keluar dari tempat pemandu tuh.Selepas itu orang ramai usung ayah aku ke tepi jalan.Tangan ayah aku dah berlumuran darah dah.Pastu aku tolong orang yang kat belakang.Nasib baik Ahmad ada,dia tolong keluarkan orang yang kat belakang.Sewaktu aku menyambut Mak Cik Fatima keluar kereta,aku nampak cedera dia paling teruk,telinga dia dah berlumuran darah dah,dah tinggal separuh.Aku terus sambut dia,dengan bantuan orang ramai terus bawa dia ketepi jalan.Nasib baik ada seorang doktor bantu buat rawatan kecemasan time tuh.
Bila semua dah selamat dibawa keluar.Kereta ditegakkan kebali dan dibawa ke tepi jalan.Time tuh,aku cuba call Pak Cik Ayub,tengok2 dia dah sampai kat kawasan kemalangan kami tadi.Semua saudara mara tadi dah datang dan tolong kami.
Aku dan cousin2 lain tolong kuarkan barang2 berharga dalam kereta sebelum ambulance sampai dalam pukul 6.40 camtuh.Dengan tiada seliparnya, aku jalan je kat kawasan berkaca.Dah tak kisah la,janji semua selamat.
Aku,ayah aku,Mak Cik Fatima,Pak Cik Syukri dengan isterinya naik ambulance sekali.Mak Cik Fatima dah menjerit2 dalam ambulance pastu ditenangkan oleh isteri Pak Cik Syukri.Aku pula tenangkan ayah aku yang dah kesedihan.Ini kali pertama dalam hidup dia terjadi kemalangan macam nih.
Kami semua dibawa ke Klinik Kesihatan Tg.Malim.Mak Cik Fatima diberi rawatan kecemasan dulu sebab dia yang paling teruk cedera.Aku dan ayah aku duduk dulu sementara tunggu doktor buat rawatan kat mak cik fatima. Nasib baik Pak Cik Syukri tolong2 ,sebab mak cik Fatima dan isteri Pak cik Syukri tak tahu cakap bahasa Melayu walaupun diorang Melayu Arab.Pak Cik Syukri sahaja tahu cakap bahasa Melayu.Dia dan isteri dia hanya cedera sikit je,Alhamdulillah.
Ayah aku sewaktu terima rawatan,menjerit2 sakit dia sebab waktu doktor cuci lengan dia,ada kaca terlekat kat lengan dia.Aku hanya boleh suruh ayah aku bertahan je la.Aku sendiri tak leh gerak sangat,kaki aku terpijak kaca2 tuh dah mula rasa sakit.
Lepas tuh,aku sempat berbuka dengan air masak.Dan lepas tuh,petugas klinik tuh check kecederaan aku.Waktu tuh,aku ok je,lepas dia cuci luka2 aku,dia check pula kaki aku,sebab banyak terpijak kaca.Pastu dia panggil doktor untuk kuarkan kaca2 kat kaki aku.Bila diorang start keluarkan kaca,time tuh aku rasa nak pitam.Aku suruh diorang stop jap,”bang..bang..jap bang,saya rasa pening jap”.Pastu aku terus pitam jap,sedar2 doktor2 tepuk2 dada aku suh aku jangan tutup mata.Aku memang dah tak larat nak buka mata,diorang paksa jangan tutup mata.Pastu diorang alihkan aku ke atas katil,bayangkan diorang nak kena angkat aku dari kerusi ke katil.Aku memang dah tak larat nak angkat badan aku.mengensot2 je la.Lepas diorang masukkan air,injection,pastu clearkan luka aku,aku dah rasa ok sikit.dah boleh angkat2 tangan dah.
Mak Cik Fatima dibawa ke Hospital Slim River untuk rawatan lanjut.Aku dengan ayah aku terus ke Hospital Tawakal untuk buat pemeriksaan lanjut. Dah lepas x-ray2 semua,ayah aku terpaksa ditahan kat wad.Aku ok je,sebab kaca2 semua dah dibawa keluar.Hanya luka2 je berbalut.
Keadaan Mak Cik Fatima aku masih tak tahu sekarang.Aku harap semuanya dah ok.Kesian kat Mak Cik Fatima,cedera dia yang paling teruk.Sewaktu aku angkat dia,aku dah boleh rasa betapa teruk keadaan dia.Terima kasih kat saudara mara semua yang datang membantu.Terima kasih juga kat semua orang yang membantu sewaktu kemalangan di kilometer 394.7 Behrang -Tg Malim.Terima Kasih juga kat petugas2 Klinik Kesihatan Tg.Malim yang terpaksa berbuka lambat untuk tugas masing2.
2 bende aku bersyukur.
1.Tiada sesiapa yang meninggal.Semua nya selamat.Alhamdulillah..
2. Aku bersyukur kerana aku dan Ahmad bertukar kereta,kalau tidak,tempat belakang sekali,tempat mak cik Fatima,2 orang budak kecil yang duduk.Aku tak tahu akan jadi kalau budak kecik 2 orang tuh yang duduk tempat belakang sekali tuh.Nasib baik aku dan Ahmad boleh tolong2 orang2 yang dah berusia dalam kereta tuh.
Sekian sahaja daripada aku.








Alhamdulillah sumenye slamat
Al-hamdulillah…semuanya selamat…
Mintak2 janganlah ada lagi keluarga kita yang ditimpa kemalangan pada musim raya nanti.
Akey tak tahu ayah kau ambik trip ini…kalau akey tahu…tidak akan akey benarkan kau dan ayah kau pergi…
syukur alhamdulillah sumenye selamat.
glad 2 hear tat u too r oke.
bwk bnyk bersabar bro.. Alhamdulillah, sumenye selamat…
DEennn!! alhamdulillah korng smua slamt… haish~
@Hanafi
thanx weh..
@Akey
ini semua dah takdir Allah swt,bende dah jadi.Redha saja la.
Harap2 begitulah,jgn lah ade kecelakaan lagi menimpa..mintak2 dijauhkn..
@Siti.shorty
thnx siti,skrg luka nak sembuh dh..tp trauma tuh mcm kadang2 ade lagi.
@syafeeq
@ikhwan
yerp..Alhamdulillah..
dendang…alhamdulillah semua selamat, bnyk bersabar.
Masyaallah..Boleh tahan juga kemalangan ni ye Udin. Uncle baru tahu aje bila baca artikel ni hari ni.Terus uncle telefon ayah Udin. Mujurlah tiada apa-apa kejadian yang lebih buruk. Allah Maha Kuasa. Sekurang-kurangnya inilah peristiwa yang akan memberikan kita semua ketabahan untuk lebih menghargai kehidupan.
@Sappy Azhar
yerp..Alhamdulillah..thanx weh..
@theriderinblack
Alhamdulillah,semua selamat,semoga kite saling mengingati..
Alhamdullilah semua selamat dan dipanjangkan umor dan tidak ada yang cedera teruk. Allah jua yang menyelamatkan kita dari sebarang musibah dari sebarang kecelakaan. Syukor kepada Allah yang menciptakan kita dan dia jua juga yang mematikan kita. Kepada Allah kita mesti meminta sebarang pertolongan bila dalam kesusahan. Terima kasih Thenthang. Hanya Allah saja yang membalas jasa hambanya. waasalam
Alhamdulillah den, kau dan family semua selamat. masih pnjg umor. Syukur.