Posts Tagged ‘nicogel’

Sape pernah dengar tentang Nicogel?

Sunday, March 22nd, 2009

Salam semua,

ini mungkin update aku terakhir sebelum aku bertolak ke Serawak malam ini.

Oh ya,lepas aku main kejar2 dengan belon panas pagi tadi dan selepas aku update blog ini,aku sekali lagi ke tapak fiesta belon udara panas. Kali ini aku pergi bukan lah saja2,tetapi membuat kerja.Kerjanya adalah membuat persiapan untuk kerja besar nanti bulan 8.Aku berbekalkan DSLR aku,mengambil gambar2 di sekitar fiesta untuk dijadikan contoh kepada kerja besar aku nanti.

Semasa di fiesta itu,aku sempat juga membeli belah,benda2 biasa sahaja.Tetapi apa yang aku nak ceritakan adalah satu produk yang aku beli di fiesta itu.

Namanya adalah Recharge Gel keluaran Nicogel.Mesti korang tak pernah dengar pasal produk ini kan.Aku sendiri pun kali pertama jumpa.Sewaktu di fiesta tadi,produk yang dipromo kat aku adalah Nicogel Alternative dan Nicogel Recharge.Tetapi aku hanya membeli Recharge je la.

Fungsi Recharge ini adalah untuk memberi tenaga kembali kepada pemakai seperti kita meminum redbull atau Ali Cafe.Ia sebenarnya hanya sejenis gel yang hanya perlu disapu di bahagian tangan dan dalam 30 saat sudah nampak kesannya.

Mula nya aku membeli untuk sekadar mencuba.Harga pun RM 5 dan dalam satu pack itu ada 3.Aku mencuba produk ini tadi sewaktu aku kepenatan,nak tido pulak tak dapat.Hasil nya,aku mampu menaip artikel ini dengan penuh bertenaga.

Aku rasa aku akan memerlukan produk ini,lagi2 sewaktu aku nak belajar tengah malam atau memandu di waktu malam.Nanti aku nak cuba la pula sewaktu memandu malam.Nak tengok hasil nya sekali lagi.

Untuk info yang lebih lanjut,korang boleh layari laman web syarikat pengeluar nih www.nicogel.my


Theme Tweaker by Unreal