Posts Tagged ‘wang saku’

Berapa wang saku anda?

Monday, January 5th, 2009

Tadi sewaktu drive balik rumah,dengar siaran radio HotFm.Dj Kieran telah adakan topik,berapakah belanja sekolah anda waktu dulu?Ada dari kalangan pendengar menceritakan dia dapat dulu 50 sen je,dan bagi dia 50 sen tuh dah cukup besar.Kalau zaman makpak aku dulu,10 sen pun dah cukup besar,macam2 boleh makan.Sekarang memang tak dapat la kan.

Memandangkan hari ini,hari pertama persekolahan tahun ini.Aku berminat pula nakĀ  post pasal tajuk ini.Berapakah belanja sekolah anda dulu?Kepada yang ibu atau bapa,boleh juga la kongsikan berapa anda kasik anak anda wang saku.

Menceritakan tentang diri aku sendiri.Darjah satu dulu,wang saku aku hanya RM 1.Meningkat ke darjah 2 ,tak tau apsal mak aku upgrade wang saku aku jadi RM3.Ini berterusan sampai darjah 6.Masuk sahaja tingkatan.Wang meningkat menjadi RM5.Selepas aku masuk sekolah berasrama,wang saku aku diberi perminggu.Jadi dalam seminggu aku diberi dalam RM 20,kadang2 RM 30 dan jarang2 RM50.Dah duduk kat asrama,makan semua terjaga kan.Nak mintak lebih2,mau nyer disoal berkali2.Korang bagaimana?berapa makpak korang kasik time sekolah dulu?


Theme Tweaker by Unreal