Wireless KL

June 1st, 2009

salam semua,

Sekarang nih aku berada di Hospital Tawakal,Kuala Lumpur.Bukan ade sapa2 masuk wad ke apa.Tapi temankan mak aku gi appointment ngan doktor kat sini.Aku saja2 je bawak Vaio abg aku ke sini,kot2 leh access internet.Best plak pakai vaion nih..laptop toshiba aku tuh,dah kiok dah..lcd pon tak leh on dh..aduss..

Aku baru tahu,kat KL ade free service,wireless KL.Leh access fre wireless kat mane2.cumenye kene register jap ar dan 500 mb je data usage per month.OK la kan daripada takde apae2.

Hot2 pula nurse kat sini..tb2 terasa nak jadik doktor..muahhaa…

oh ya.Selamat BerIntern kepada rakan2 yg start intern hari ini.

Aku tb2 terasa nak bercuti je cuti sem nih..taknak join ape2.Tapi cam rugi pula tak join OC..adoyai..

Esok dah kene balik cyber.ahhh..stress jap..

Next sem nak duk mane nih?..adoii…

Berita Terkini:Kelab Bola Sepak Barcelona menentang Kelab Bola Sepak Kesatuan Mancester

May 28th, 2009

Berita Terkini.

Di sebuah stadium bernama Olimpico yang bertempat di Rom,Itali. Satu sejarah telah tercipta dimana,sebuah kelab dari liga Sepanyol telah berjaya memenangi sebuah piala yang dinamakan piala Liga Juara-Juara untuk tahun 2009.Kelab yang dinamakan Kelab Bola Sepak Barcelona telah berjaya mengalahkan sebuah kelab dari liga perdana Inggeris iaitu Kelab Bola Sepak Kesatuan Mancester dengan jaringan dua berbalas kosong.

Walaupun pada awalnya,terdapat ura-ura bahawaKelab Bola Sepak kesatuan Mancester akan menang,tetapi Kelab Bola Sepak Barcelona telah membuktikan bahawa mereka bukanlah pasukan picisan.Gol-gol mereka telah dijaringkan oleh En. Samuel Euto yang berasal dari negara-negara Afrika manakala satu lagi gol dijaringkan oleh En.Lionel Messi yang berasal dari negara Argentina.Walaupun banyak aksi dari Kelab Bola Sepak Kesatuan Mancester,namun nasib tidak menyebelahi mereka.Tiada satu jaringan pun untuk mereka pada malam semalam.

rome-war-final-top

Kepada penyokong-penyokong pasukan Kelab Bola Sepak Barcelona,tahniah kerana anda berjaya membawa pulang trofi kemenangan ke Sepanyol.Kepada penyokong kelab bola sepak kesatuan Mancester,nampaknya anda tidak mampu membawa pulang trofi itu pada tahun ini.

Sekian sahaja dari saya Mohd Ezzudden untuk Berita Thenthang,Rom,Itali.

Ahad yang bosan…

May 24th, 2009

Salam,

Apa punya bosan la hari Ahad nih,dari pagi tadik,tiada satu yang berfaedah pon aku buat.Klik sana,klik situ,klik sini.Notes? Apakah itu?.Exam hari selasa,Tech Comm je..je…

Kepada sesiapa yang belum tegok Night At The Museum tuh,sila2 la tengok okay.Best!! Lain sehh dari yang first nyer.Watak lagi banyak,lawak lagik banyak.Perlu ke aku cerita sinopsis nyer kat sini?.Takyah kot.korang leh google sendiri.Untuk semalam saja,hari berhibur aku,habis dalam Rm 30,wayang saja,tiket+popcorn =rm20,makan2=10.Ok la kot bagi student macam aku yang income seminggu Rm 100.Rm 20 untuk berhibur ok la kot.

Read the rest of this entry »

Movie di hujung minggu??

May 23rd, 2009

Salam,

Alhamdulillah,aku dah exam CP 1 pagi tadik.Harap2 keputusan ok,no more supp.Tapi cuak2 gak,coswork rendah gak.adoii…perkara sama berlaku setiap sem.Ahh..lupakan saja pasal exam tuh,sekarang ini tengah cari bahan untuk clear kan otak aku nih daripada CP1.

Tadik tanya2 kat twitter ngan facebook.Ramai suggest pegi tengok Night at Meseum 2 atau nama betul movie tuh,Night at the Meseum: Battle of the Smithsonian. Satu cerita yang sangat bagus untuk aku sekarang di kala minggu final exam di MMU tengah berlansung.

Next week,dah ada invitation dari member2 untuk tonton Terminator Salvation hari khamis.Diorang nak pecah kan rekod tonton ramai2 cite Geng.Tapi macam susah ja,since ramai tengah exam.Aku sendiri ada exam hari sabtu depan.

Kegilaan terhadap twitter dah semakin menjadi2.Walaupun pukul 5 pagi,ada gak orang akan update twitter diorang.Termasuk la diri aku sendiri.hahaha..Tadik,try twitter on YM,tapi macam tak best je bila pasang kat comp aku,maybe ada masalah ngan connection kot.Sikit2 kuar notification.Semak!!..Takpe la,aku setia bertwitter kat Flock 2.5 aku skrg je la.Thanx Aman kenalkan aku balik kat flock nih.

Fast update>>

>Mak aku operate kaki dia petang nih,harap2 ok.

> Aku masih belum pegi KFC untuk merasai Flava Roast Steak.

> Aku ada 2 lagi paper,selasa dan sabtu.Wish me luck.

>Masih belum cari tempat tinggal untuk next sem.Aduss..

Ketagihan,Pengaturcaraan Komputer 1 dan KFC

May 21st, 2009

Salam,

Apa yang aku cabar diri aku minggu lepas…Aku Kalah!!..

Minggu lepas aku cakap minggu ini cuba puasa internet,ia cuma bertahan selama 2 hari je.Lepas tuh,semakin menjadi-jadi aku nyer ketagih internet.Lagi2 sekarang aku tengah dalam sesi percubaan Flock 2.5 yang baru,ada fungsi twitter,facebook lagi.Memang tak dapat ar aku kurangkan ketagih kat internet nih.Adoyai.

Final exam aku start hari sabtu,tak sabar aku nak tunggu hari sabtu,bukan nyer apa,bila dah lepas paper Comp Prog 1 nih,dah ilang sikit tekanan.Lepas CP1,paper Tech Comm ngan Ethic je.So dah boleh rilex sikit.

Hidup aku sepanjang minggu exam nih,tungang terbalik.Sebab?

Aku mula tidur setiap hari pukul 8 malam,bangun pukul 1 pagi.Orang nak start tido,aku baru nak bangun.Maybe lepas exam CP1,aku akan ubah balik waktu tidur aku ke waktu yang normal.Boleh ke?

Read the rest of this entry »

Login

What I'm Doing...

Posting peep...

Powered by Gatorpeeps Tools.

TwiBadge

Powered by BlogHighlight.

My link:
Warisan Lebai 

Kemala
Theme Tweaker by Unreal