Berapa wang saku anda?

Tadi sewaktu drive balik rumah,dengar siaran radio HotFm.Dj Kieran telah adakan topik,berapakah belanja sekolah anda waktu dulu?Ada dari kalangan pendengar menceritakan dia dapat dulu 50 sen je,dan bagi dia 50 sen tuh dah cukup besar.Kalau zaman makpak aku dulu,10 sen pun dah cukup besar,macam2 boleh makan.Sekarang memang tak dapat la kan.

Memandangkan hari ini,hari pertama persekolahan tahun ini.Aku berminat pula nakĀ  post pasal tajuk ini.Berapakah belanja sekolah anda dulu?Kepada yang ibu atau bapa,boleh juga la kongsikan berapa anda kasik anak anda wang saku.

Menceritakan tentang diri aku sendiri.Darjah satu dulu,wang saku aku hanya RM 1.Meningkat ke darjah 2 ,tak tau apsal mak aku upgrade wang saku aku jadi RM3.Ini berterusan sampai darjah 6.Masuk sahaja tingkatan.Wang meningkat menjadi RM5.Selepas aku masuk sekolah berasrama,wang saku aku diberi perminggu.Jadi dalam seminggu aku diberi dalam RM 20,kadang2 RM 30 dan jarang2 RM50.Dah duduk kat asrama,makan semua terjaga kan.Nak mintak lebih2,mau nyer disoal berkali2.Korang bagaimana?berapa makpak korang kasik time sekolah dulu?

Tags:

15 Responses to “Berapa wang saku anda?”

  1. MaJa says:

    kira tinggi jugak la tue..
    aku dulu dapat seringgit untuk sekolah kebangsaan..
    seringgit untuk sekolah agama..
    dari darjah satu sampai darjah enam..

    itu pon saving taw x nak belanja.. simpan jer..
    sebab nak beli mainan..

  2. thenthang says:

    @MaJa
    maybe badan aku besar kot.tuh makpak aku kasik lebih skit duit.
    aku pun macam ko,tak de pon blanja sangat pon kat makan..tp aku beli buku komik..hehe

  3. bd fabregas says:

    ok la tu.. sekolah rendah dulu aku dpt 50 sen je.. sekolah menengah lak berasrama, so byk pakai duit biasiswa plus telefon umah kalo dh xde duit..

  4. nuaeman says:

    Tinggi juga belanja korang semua.. aku dulu sekolah bawak bekal hari2 dan mak bagi 20 sen sekolah kebangsaan dan 20 sen sekolah agama.. tu pun aku boleh kumpul buat beli majalah gila-gila.. haha

  5. thenthang says:

    @bd fabregas
    time aku dlu,rasa2 50 sen tak cukup ar..aku dh la jenis mkn byk..:P
    time kat asrama pon jarang gune duit..saje mintak duit nk beli bende lain..hehe..aku takde biasiswa lagipon..

    @nuaeman
    itu ar..zaman dah berubah..dunia dah maju..barang dah mahal..

  6. Kujie says:

    Masa kak jie akhir thn 70′an dpt 40@50 sen. Tambang bas 30 sen, lagi 20sen utk makan. Masa tu boleh dpt kuih karipap 10 sen.

    Skrg - masa sekolah rendah anak kak jie tak baca duit saku, tiap hari bawa bekal.

    Bila sekolah menengah bagi juga rm 2@3. Entah kenapa dah sekolah menengah tak mahu bawa bekal…ini sebab diejek dgn kawan2 le ni.

  7. thenthang says:

    @Kujie
    saya dari sek ren dah malu bawak bekal..hehe..

  8. Mohd Ismail says:

    soalan menarik ni..

    masa aku sekolah menengah, dek kerana aku menolong family yg buat bisnes, maka duit belanja harian aku agak mewah.. dan jarang sgt duit belanja aku ke kantin sekolah.. gila malas aku nk beratur bagai.. balik makan kat rumah..

    duit yg ade habis beli gadget ntah apa2..

  9. thenthang says:

    @Mohd Ismail
    hehe..itu ar..time kecik2 dlu..macam2 nak beli..gadget la,komik la,mainan ar..dah besar nih..takde plak kan nk beli2 barang tuh..

  10. aman says:

    aku start skola rendah 50 sen sampai seringgit.
    masuk skola menengah dah dua ringgit..
    masuk form three, mak aku bagi duit bulanan, so pandai-pandai bajet..haha

  11. thenthang says:

    @aman
    hehe..padan la ko kurus kering je man..tak cukup makan..hahaha..gurau2 je..
    aku tak penah dpt duit bulanan lagi..komperm abis awal bulan..hehe

  12. SilentAnarm says:

    masa tadika dulu2 mak aku bg aku bawak bekal nasik.. sedaaap..
    sekolah rendah duit belanja abah aku bg RM singget..
    sekolah menengah abah aku up duit belanja jadi RM3 ingget..
    pastu kt kolej dlm sebulan abah aku bg RM300..
    study 3 tahun kat kolej.. last sem, g update buku bank..
    result mengejutkan.. RM9,763.28 yg aku dok cucuk2 kt ATM selama 3 tahun..

  13. thenthang says:

    mak aku tak sempat nk buat bekal nasik tuk aku..so duit blanja aku masa kecil agak besar..
    hhaha..jgn la tengok bape yg dh pakai..tengok yg dh simpan sudey..

  14. faiz says:

    skng umo aku 22..
    mase form 5 dulu duit belanja RM1.50 kadang2 RM2..
    tp kire best la sbb p skolah nek moto..
    huhu..tp yg xbest duit belanja tu kene tampung
    duit minyak sekali..huhu

  15. kay_arr says:

    Googled ‘wang saku’…landed at this page. See below input from me, tak valid lagi untuk zaman sekarang.

    1980 - 1982 (Darjah 1-3, SK luar bandar gred C)
    20 sen / day (10 sen nasi lemak, air 5 sen, 5 sen simpan)
    Seminggu sekali gomen bagi air susu kotak bawah skim bantuan makanan, so boleh simpan lebih sikit

    1982 - 1985 (SK + Sekolah Agama sebelah petang)
    40 sen / day (30 sen SK + 10 sen sekolah agama)

    1986 - 1988 (Sek Men di pekan kecik kat Melaka)
    50 sen / day

    1989 - 1990 (SBP, 350km dr kampung)
    RM30 / month (No scholarship at all)

    compare to my daughters (3 orang all primary school @ kawasan membangun ‘Bandar Ilmu’ Selangor)
    RM 2 / day (SK + Sekolah Agama)

Leave a Reply


Theme Tweaker by Unreal