Archive for February, 2009

Mencari sinar pelangi

Tuesday, February 24th, 2009

Salam semua.

Agak lama aku menulis di sini.Agak lama tiada update dari diriku.Maaf semua.Aku bukan nya tidak mahu update apa2.Banyak yang aku taip di sini,tetapi semuanya aku simpankan di dalam draft.Entah mengapa .

Sekarang aku sedang mendengar lagu Sudirman-Pelangi Petang.Aku suka bait lirik yang ini.

Kumeniti awan yang kelabu

Kutempuhi lorong yang berliku

Mencari sinar yang menerangi

Kegelapanku..

Entah mengapa,tetapi aku memang mencari satu sinaran yang akan menerangi hidup aku.Kalau difikirkan,hidup aku memang kosong,gelap,dan kurang nya ‘cahaya’.

Rasanya,cukup la intro aku untuk post yang ini.Sebenarnya aku hendak menceritakan tentang satu program iaitu ESQ preview.Tarikh nya ialah 24 Febuari 2009 (Hari ini) pukul 9-11 malam bertempat di FITXR0001 Multimedia University.

Mulanya aku tidak ambil endah pasal program ini.Aku fikirkan,program ini hanya la program motivasi biasa atau program2 MMU yang biasa.Semuanya hanyalah yang biasa-biasa.

Tetapi setelah aku bertanyakan kepada organizer sendiri,iaitu Efan.Sesuatu telah mengubah pandangan aku mengenai program ini.Sesuatu yang sukar untuk aku ucapkan.Sesuatu yang aku cari dari dulu.Sesuatu yang aku sangat perlukan sekarang.

Untuk lebih lanjut korang boleh melihat website ESQ ini sendiri.

http://esq.com.my

Marilah kita sama2 pergi ke preview program ESQ ini,percuma.Mana la tahu kan,akan dapat something yang tak pernah korang dapat dulu.


Theme Tweaker by Unreal